Anak beruk memaki tikus, Bulu berdiri muka pun garang; Awak gemuk berbini kurus, Sayulah hati orang memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hendak mendaki dakilah tambang, Jangan berlabuh di tengah pekan; Hendak memaki makilah abang, Jangan menuduh yang bukan-bukan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada untungnya membeli pasu, Pecahnya tidak sulit berganti; Ada untungnya berbini bisu, Marahnya tidak memaki-maki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi nanti-menanti; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali maki-memaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |