Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.nah] | ممانه

Definisi : 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.nah] | ممانه

Definisi : 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memanah

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Orang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak tontong memanah Semarang, Buang satu sembilan puluh; Tuan laksana pokok rausang, Boleh saya menumpang berteduh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak pipit kembang ekor, Orang memanah padang seberang; Adik tidak beralih tidur, Takut dimarah oleh abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas