Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Bunga raya di atas peti,
     Bunga melur di atas batu;
Memang ada niat di hati,
     Hendak menyunting bunga yang satu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

72

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya."Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jerat dipasang sekali habis, Bila tak habis senjalah hari; Niat memang mencari gadis, Tak ada gadis janda pun jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jerat dipasang hari pun terang, Hendak pulang badan pun letih; Niat memang mencari bujang, Tak ada bujang duda pun boleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada satu anak Limbungan, Pergi ke pasar membeli kacang; Memang jalak ayam sabungan, Biasa mati tengah gelanggang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan parang baru ditempa, Parang ada dari dahulu; Bukan sekarang baru berjumpa, Memang dijanji tatkala dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas