Yang membantah tentulah panas, Panas benak panas bicaranya; Orang memerintah tentulah puas, Puas tekak puas seleranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa orang tidak diasah, Kerana batunya sudah menipis; Mengapa orang banyak membantah, Kerana malunya sudah terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat menambah ada tebasnya, Sudah menebas parang diasah; Adat memerintah ada batasnya, Melewati batas orang membantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat katanya benar, Pantang sekali bercabang lidah; Membuang adat balanya besar, Petang dan pagi orang membantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |