| Adat sesuku bantu-membantu, Adat sepuak pinak-meminak; Adat membantu jangan menipu, Adat meminak jangan menginjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apabila mahu ke ladang, Usah lagi membawa talas; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat Melayu memantangkan malas, Orang pemalas hidup sengsara; Kuat membantu orang kan belas, Orang belas banyaklah saudara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi dibawa mandi; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dipuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Kalau meniup seruling bambu, Dibawa berteduh lepaslah letih; Kalau hidup saling membantu, Mana yang keruh lekaslah jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi menyambal belacan; Apabila sudah membantu orang, Usah dikeji disesal-sesalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau meniup seruling bambu, Siapa yang ikut akan terbuai; Kalau hidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |