Waktu sehari rasa setahun, Kerana kasih sedang membara; Baru berdiri celana turun, Siapa menoleh terbuntang mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat selasih setangkai dua, Bawa ke pasar direbut orang; Ingat kekasih hati membara, Cintaku besar bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau bulan tidak mengambang, Pelita kami tetap menyala; Walaupun tuan tidak memandang, Cinta di hati tetap membara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ke mana lagi membawa puntung, Api di dapur sudah menyala; Ke mana lagi hamba bergantung, Hatiku hancur cinta membara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |