Membeli selasih dari pekan, Hendak membawa ke negeri China; Kerana kasih di tangan orang, Makan tak lalu tidur tak lena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ke mana lagi membawa ketupat, Orang ke hulu membawa emping; Ke mana lagi hamba menepat, Orang kurindu sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah cukup membawa bekal, Ke mana berjalan tiada gelisah; Kalaulah hidup sempurna akal, Di mana berkawan hatinya rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |