Membayar nazar di Tanjung Batu, Kain putih dibawa lima; Biar mati seperti kutu, Jangan mati seperti tuma. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Uncang kecil isi sedikit, Membayar lada manakan sampai; Tulang menggigil lari terbirit, Dikejar janda di depan ramai. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Siguntang di hulu air, Mudiknya kajang berpapas; Nan berhutang nan membayar, Nan mencencang nan memampas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besar batang besar akar, Akar jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayar jangan berlambat-lambat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berbatang ada akarnya, Adat berakar tentulah kukuh; Adat berhutang ada bayarnya, Adat membayar tentulah penuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |