Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membela

Puisi
 

Kalau membela ayam selasih,
     Berilah makan beras melukut;
Merajuk pada yang kasih,
     Marah pada yang takut.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau membela ayam selasih, Berilah makan beras melukut; Merajuk pada yang kasih, Marah pada yang takut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila badik sudah diasah, Tentulah senang membela diri; Bila adik sudah bersumpah, Tentulah abang setia menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyaklah badik diasah orang, Untuk senjata membela diri; Banyaklah adik menyusahkan abang, Duduk berjaga sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adapun hajat sebenar hajat, Hutang nyawa membela maruah; Adapun adat sebenar adat, Pantang dipinda diubah-ubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila kuat berjaja ikan, Setiap hari mendapat duit; Apabila taat membela kawan, Ke mana pergi tidakkan sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang Daik pergi ke Bintan, Diterpa ombak tiada peduli; Orang baik berhati jantan, Membela haknya berani mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Adat berladang menanam padi, Adat menuai sesudah masak; Adat seorang bertanam budi, Adat beramai membela yang hak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas