Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Tidak sajak membelah kundur, Sajak membelah kayu api; Tidaklah sajak kubawa tidur, Sajak memicit hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Parang putus membelah batu, Campak parangnya tinggal puting; Orang kurus membuka baju, Nampak tulangnya dikejar anjing.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kalau tuan membelah jati, Belah jangan terlampau panjang; Jangan tuan berkecil hati, Saya memohon izin pulang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bab Aleh pergi membelah, Pakailah baju kasa keringkam; Senangnya keling memegang tasbih, Ekor nan mata nikam senikam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang Cik Asiah membelah kelapa, Masak sembilang dikata tenggiri; Rindu susah bayang siapa, Bayang tak bayang hati sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Angin butiran dari belakang, Perahu laju membelah ombak; lngin berkawan hatiku bimbang, Mahu merayu orang pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas