Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lai] | ممبلاي

Definisi : 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai; 2. ki membuat berasa seronok dan tenteram: muzik yg ~ jiwanya; 3. meniup dgn perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit: daun-daun bergoyang-goyang dibelai angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lai] | ممبلاي

Definisi : memujuk dgn mengucapkan kata-kata manis utk memikat hati; mengusap-usap utk membujuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelai


Pantun

PantunSumberTema
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira.Pantun Melayu SarawakNasib
Jentayu burung jentayu, Hendak terbang harilah tinggi; Angin ribut merayu-rayu, Duduk membelai adik kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas