| Kata adat membilang petuah, Petuah dibilang untuk diingat; Lupa adat hilanglah maruah, Maruah hilang buruklah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Daripada duduk membilang tanah, Eloklah balik mencari kayu; Daripada menengok abang menikah, Eloklah adik mati merayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Nyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Nyiur manis di tebing raut, Masak sebutir membilang tandan; Adik pergi melangkah laut, Abang di rumah membilang bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Hari-hari belajar membilang, Dapat beguru menambah ilmu; Mahu jadi orang terbilang, Tuntut ilmu janganlah jemu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat resam kata orang, Bergaul tidak membilang suku; Adat faham pusaka terang, Betul tegak terbilang laku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Dari satu sampai seribu, Budak-budak belajar membilang; Turun ribut petir pun tumpu, Tentu jua nyawa kau hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |