Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bim.bing] | ممبيمبيڠ

Definisi : 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bim.bing] | ممبيمبيڠ

Definisi : 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membimbing


Pantun

PantunSumberTema
Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas