Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Akan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angkut-angkut hinggap di bukit, Membuat sarang di pokok rendang; Walau tertangkup bumi dan langit, Janji tidak saya uraikan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak punai anak merbah, Terbang bersama membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |