Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.jang] | ممبوجڠ

Definisi : 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membujang

Puisi
 

Naik rakit terkutang-kutang,
     Tiba ke teluk menimba air;
Sangat sakit duduk membujang,
     Lepas menumbuk mencedok air.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Walaupun kaki berasa kejang, Kerana petang berebut pergi; Walaupun laki sudah membujang, Kerana sayang dijemput lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Naik ke bukit terluncang-luncang, Nak ambil keropok air; Apa sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Naik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kuini masak di batang, Pagi hari banyak yang jatuh; Biar kumati dalam membujang, Kerana menanti adik yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu isyak banyak berdoa, Tegak sembahyang serta bertaubat; Mahu menikam awaklah tua, Hendak membujang tak sampai niat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pokok senduduk di tanah seberang, Berselang rapat si pokok jati; Punca hidup terus membujang, Kalau tak dapat bagai di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu pagi orang merenda Merenda kain untuk selendang; Malulah hati memandang janda, Jandalah kawin awak membujang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas