Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bum.bung] | ممبومبوڠ

Definisi : naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bum.bung] | ممبومبوڠ

Definisi : naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membumbung


Pantun

PantunSumberTema
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jikalau bumbung tidak bertali, Tentu membumbung ke langit biru; Jikalau abang tidak peduli, Tentu kubingung sakit cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau dapat membumbung tinggi; Risauku bukan sebarang risau, Risau mengingat kekasih pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas