Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat padi musiman; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat hati beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertumpuk; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertugal; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang membuat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat berkayu besar; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat malu berkasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat menebang kayu; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang menipu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Awas-awas memegang lilin, Salah pegang lilinnya panas; Awas-awas memasang kain, Salah pasang kain terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Taat umat memegang adat, Di mana duduk akhlak senonoh; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak bermusuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |