| Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Adat resam kata orang, Bergaul sopan berbaik laku; Adat faham lembaga terang, Memikul beban tiada malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Orang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kalau tuan pergi ke bukit, Carikan saya buah pulasan; Mata memandang apa nak sakit, Bahu yang memikul timpa perasan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |