Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin seukuran jari; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin tahukan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin permata intan; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin dada beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin yang sejudu; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin yang berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Awas-awas memilih suluh, Salah pilih tiada berapi; Awas-awas memilih jodoh, Salah pilih payah diganti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik-baik memilih ikan, Jangan terpilih ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik berladang sebelum hujan, Supaya dapat memilih tanahp; Adik kupandang bagaikan bulan, Bila kulihat kasih bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |