Batang mempelam buah kuini, Buat gulai dalam kuali; Malang nasib diriku ini, Tidak siapa ambil peduli. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Buah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Buah mempelam si buah petir, Tigalah dengan buah beluru, Jangan dikias jangan disindir, Keranalah adik sungguh tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak meranting tangkai mempelam, Banyaklah rotan tumbuh di padang; Sejak kucing pandai menyelam, Banyaklah ikan menempah pedang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Putik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik pauh asam mempelam, Tanam selasih di kepala titi; Sungguh jauh bulan pun kelam, Kita berkasih di dalam mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Putik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |