Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.kat] | مموکت

Definisi : menangkap ikan dgn pukat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kat] | مموکت

Definisi : menangkap ikan dsb dgn menggunakan pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukat (kata nama)
Bersinonim dengan jala, jaring, kisa, payang, pemayang, belat, lukah, bubu, rambat;,
Kata Terbitan : memukat, pemukat,

Puisi
 

Kapal belayar sarat muatan,
     Nelayan di laut sedang memukat;
Biar jauh seberang lautan,
     Kerana budi terasa dekat.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Orang memukat pagi dan petang, Menentang ombak sepanjang hari; Orang beradat berhati lapang, Pantang melagak membesarkan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Rezeki besar ikan berlimpah; Orang beradat berhati lapang, Dari bertengkar biar mengalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Penat dan lelah ia tahankan; Orang beradat berhati lapang, Umpat dan fitnah ia diamkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Letih dan senang berela hati; Orang beradat berhati lapang, Kelebihan orang ia hormati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Saban hari tiada berhenti; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan sendiri ia akui.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Kena gelombang ia tabahkan; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan orang ia lupakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Menempuh ombak tidakkan mundur; Orang beradat berhati lapang, Jatuh dan tegak tetap bersyukur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Mahu berbasah tahan berkering; Orang beradat berhati lapang, Mahu mengalah dalam berunding.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas