Sisi bukan sebarang sisik, Sisik belida memutus jala; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membawa hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau hendak merebus belerang, Cincang dulu tampuk putiknya; Kalau hendak memutus perkara, Timbanglah dulu buruk baiknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau memandang jangan merentus, Kalau menekan jangan menepis; Kalau mencencang jangan memutus, Kalau makan jangan menghabis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tupai berlari naik ke pondok, Pupuslah nasi dalam belanga; Sampailah mati adik merajuk, Memutus kasih sedang menyala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air telaga terasa sejuk, Siapa ke sana teruslah mandi; Kupandang muka membawa mabuk, Kudengar suara memutus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |