Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan saja saya menali, Saya menali benang melati; Bukan saja adik menyanyi, Adik menyanyi menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sekali menali lukah, Jangan dipasang pelita loyang; Kalau sekali kaki melangkah, Jangan sayang nyawa melayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan kami menali sutera, Benang tali di atas batang; Bukan kami bernyanyi suka, Kami terkenang kepada abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari jauh gunung menali, Sudah dekat bukit bertambah; Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat mengangkat sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa guna pandai menali, Kalau tidak pandai melampun; Apa guna jadi penari, Kalau tidak pandai berpantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Saya tidak pandai menali, Sebarang tali saya talikan; Saya tidak pandai menyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Lama sudah kami menali, Ditali-tali tak mahu panjang; Lama sudah kami menanti, Yang dinanti tak mahu datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |