Adat menambah ada tebasnya, Sudah menebas parang diasah; Adat memerintah ada batasnya, Melewati batas orang membantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat menambah ada tebasnya, Sudah ditebas baru ditebang; Adat memerintah ada batasnya, Melewati batas diseterui orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pasang api menambah pukat, Aur perindu tidak berdahan; Buah hati mari dekat, Hatiku rindu tidak tertahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hari-hari belajar membilang, Dapat beguru menambah ilmu; Mahu jadi orang terbilang, Tuntut ilmu janganlah jemu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Menimbang sama kanan dan kiri, Sama disukat sama dikira; Kurang menambah lebih memberi, Sama mendapat rugi dan laba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari muara mudik ke hulu, Sambil menyanyi mendayung sampan; Belum bersuara tersenyum dulu, Menambah seri wajah rupawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mencecah awan Gunung Daik, Pari-pari datang bertemu; Kalau berkawan pelajar terbaik, Dapat belajar menambah ilmu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |