Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ngis] | مناڠيس

Definisi : melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata dan suara yg tersedu-sedu: Kami lihat mata keluarga si mati itu bengkak kerana banyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
     Melihat papan menjadi dinding.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Awak menangis diberi pisang.

Bermaksud :

Bujukan (pujukan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Buah kesebak terasa manis, Mari dicampur biji selasih; Bercerai emak tidak menangis, Inikan pula bercerai kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina pandai labangis, Jalan-jalan atas keranda; Adinda tuan jangan menangis, Ambil geguling ganti kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua; Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bercincin di jari manis, Hendak kusimpan di dalam peti; Adik-adik tunduk menangis, Mari kita bersama mandi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biar Cina kelapa Cina, Biar manis menjahit baju; Sudahlah tinggal berdiri tiga, Jangan menangis ditinggal aku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincang kulat atas batang, Pucuk cepa sayur manis; Datang surat abang datang, Belum baca tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alang-alang bawa ke kandang, Daun bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cabut ciku tanam halia, Cabutlah serai di umbut manis; Masuk tidur ingatkan dia, Tunduk ke tikar duduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas