Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Penat sahaja membeli badik, Badik dibeli tidak berbaja; Penat sahaja menanti adik, Adik menanti tidak setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat belayar menanti angin, Tidak berangin tidakkan sampai; Adat pembesar berhati dingin, Tidak dingin banyak bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Waktu duduk menanti senja, Banyaklah parang diasahnya; Waktu beruk menjadi raja, Banyak orang dibelasahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu duduk menanti gulai, Banyaklah nasi ditanaknya; Waktu beruk menjadi lebai, Banyaklah bini ditalaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu duduk menanti malam, Banyaklah sampan dibakarnya; Waktu beruk menjadi imam, Banyak fatwa ditukarnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiang rumah kayu menanti, Baik diukur agak sedepa; Abang sudah malu menanti, Adik ditegur tidak menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain lama ditukar baru, Menanti kain dari kedai; Permainan kamek diulang baru, Sementara menanti orang yang pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sarat memuat ikan parang, Rehat sebentar menanti subuh; Hasrat merantau di tempat orang, Dapat menukar baju di tubuh. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |