Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri] | مناري

Definisi : ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri] | مناري

Definisi : meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Menari (= merentak) di ladang orang.

Bermaksud :

Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Tudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila menari tangan diangkat, Jagalah langkah agar seimbang; Apabila memberi jangan diumpat, Supaya pahalanya tidak hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pandai menari joget Melaka, Masyhur sampai negeri Siam; Hairan sekali di hati saya, Bercerai kasih di dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adik belajar menari, Tarian kaum bumi; Cerdik pandai dicari, Jadi guru kami.Pantun Melayu SarawakNasihat
Banyaklah orang menari zapin, Tampak pangguk penuh tumpat; Banyaklah orang menjadi pemimpin, Tidak seagung Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau helang menari-nari, Kalau kumbang melayang-layang; Kalau hilang boleh dicari, Kalau compang boleh disawang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak beruk menari-nari, Disergah kijang masuk belukar; Awak gemuk tegak menari, Rumah bergoyang orang pun gempar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai.Pantun Melayu SarawakKasih
Pandai-pandai jika menari, Orang banyak yang menggantikan; Pandai-pandai menjaga diri, Lubang banyak di tengah jalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas