Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok sungguh menarik pukat, Sebelum usai belum berhenti; Elok sungguh adik mendekat, Harummu bagai kuntum melati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari.Pantun Melayu SarawakPerantau
Putik nanas hendak disarung, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar lagi diharung, Ini pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik menarik buluh; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik cantik membunuh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang meraih di Lubuk Johor, Orang menarik di tebing tinggi; Jika boleh dibawa tidur, Bukan anak bini sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika tak kuat memasang jenang, Manakan tetap menarik dinding; Jika tak dapat dengan berterang, Secara gelap adik kusunting.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas