Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabar


Pantun

PantunSumberTema
Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kata tua kata adat, Adat berisi ilmu yang benar; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu mencabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas