Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencapai

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kita baru mencapai pengayuh,
     orang sudah tiba ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

PantunSumberTema
Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas