Bila mencelup kain pelekat, Sudah dijemur baru dilipat; Bila hidup mempermainkan adat, Maruah hancur malu yang dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila mencelup kain pelekat, Salah celup rosak raginya; Bila hidup mempermainkan adat, Hinalah hidup rosak budinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Daripada mencelup tudung pintu, Elok membeli tudung jendela; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati menanggung derita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada mencelup kain selendang, Eloklah membeli kain kebaya; Daripada hidup dipermainkan orang, Eloklah mati dalam bercinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada mencelup selendang biru, Elok mencari selendang merah; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati berkalang tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanda orang mencelup pukat, Kaki merah tangan bersamak; Tanda orang hidup beradat, Hati pemurah kawannya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |