| Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau memandang jangan merentus, Kalau menekan jangan menepis; Kalau mencencang jangan memutus, Kalau makan jangan menghabis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Siguntang di hulu air, Mudiknya kajang berpapas; Nan berhutang nan membayar, Nan mencencang nan memampas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |