Gelak tersenyum burung jelatik, Nampak serindit membeli rebung; Hendak mencium hidungnya pesek, Hendak menggigit gigilah ompong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana orang hendak minum, Sumurnya saja tiada berisi; Bagaimana abang hendak mencium, Kutegur saja dinda lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman purba lamalah sudah. Beribu tahun sudah berlalu; Tangan meraba meleleh ludah, Mahu mencium mentua lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu makan orang pun pulang, Minum kopi minum bersama; Malunya bukan alang kepalang, Mencium bini tercium mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Suluh puntung gesek bergesek, Nyala belum sampai sejengkal; Sungguh beruntung orang pesek, Kalau mencium sampai ke pangkal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayangnya cawan berisi pindang, Hendak minum menjadi susah; Sayangnya tuan bergigi panjang, Hendak mencium pipi berdarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Perahu layar membawa limau Belum berhenti sebelum senja; Malu besar muka pun hijau, Mencium bini tercium mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pagi petang menjunjung cerek, Hendak diminum airnya pahit; Gigi panjang hidungnya pesek, Hendak mencium dikira menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daripada tajin eloklah tapai, Tapai diminum lain rasanya; Daripada licin elok bermisai, Misai mencium lain perisanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |