Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ci] | منچوچي

Definisi : 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ci] | منچوچي

Definisi : 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuci

Puisi
 

Hujan ribut mencuci kain,
     Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
     Kamilah pula kena fitnah


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau sudah mencuci kain, Jangan pula terkena lumpur; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan pula berasa takbur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau sudah mencuci kain, Jangan lagi lama direndam; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan sekali suka berdendam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak mencuci kain, Sudah dicuci lalu dijemur; Kalau hendak jadi pemimpin, Rendahkan hati berlaku jujur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnahKurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Baik sungguh mandi berenang, Senang menyelam mencuci badan; Adik jauh di negeri seberang, Siang malam abang mimpikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas