Apa gunanya orang berburu, Bila tidak membawa anjing; Apa gunanya abang mencumbu, Bila berjalan tidak seiring. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa berladang sagu, Kalau padi sudah menjadi; Untuk apa abang mencumbu, Kalau kasih sudah berbagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok menebang kayu, Kalau tidak ditimpa ranting; Elok-elok abang mencumbu, Kalau tidak hamba berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belum berdinding rumah ditunggu, Tentulah kena hujan dan angin; Belum bersanding sudah mencumbu, Tentulah hamba mencari yang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa sebab parangnya patah, Kerana tertakik urat kayu; Apa sebab abang menikah, Kerana adik kuat mencumbu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |