Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri

Puisi
 

Baru kembang bunga seroja,
     Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
     Kecil-kecil pondok sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Anak kera mencuri manggis, Matanya pedih kena je1atang; Awak tertawa hati menangis, Kerana kekasih dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak beruk mencuri manggis, Baru makan disergah orang; Awaklah bongkok berbini gadis, Baru sebulan mata terbuntang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk mencuri pinang, Disergah orang jauh berdebam; Awak gemuk mandi telanjang, Disangka orang gajah berendam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk mencuri betik, Diburu orang lintang-pukang; Awak kurus berbini cantik, Cemburu bukan alang kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kalau tak ada orang mencuri, Biar ke tanah mencari puntung; Kalau tak ada kumbang menyeri, Biarlah hamba mengadu untung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudahlah mulut ditampar raja, Dituduh pula mencuri puyuh; Sudahlah burut sebesar kelapa, Disuruh pula berlari jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak belanga berisi kari, Banyaklah lalat mencuri lauk; Sejak buaya jadi menteri, Banyaklah umat menjadi beruk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Anak beruk mencuri manggis; Bagaimana hidung takkan kembang, Awaklah bongkok berbini gadis.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas