Sejak betik mulai masak, Banyak siamang mahu mendekat; Sejak adik memakai celak, Banyaklah orang mahu memikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila menyukat.padi di bakul, Banyak semut datang mendekat; Dinda berangkat hatiku masyghul, Hendak ikut dilarang adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kita hendak memukat, Kerana diserang angin sakal; Bagaimana hamba hendak mendekat, Kerana abang bertambah gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana lagi hendak berhelat, Pengantin sudah lama menghilang; Bagaimana kami hendak mendekat Perjanjian sudah lama dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok sungguh menarik pukat, Sebelum usai belum berhenti; Elok sungguh adik mendekat, Harummu bagai kuntum melati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah selasih direndam orang, Bila dimakan menjadi ubat; Sudah kupilih adik seorang, Mengapa tuan tidak mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila badik berkering basah, Tentulah mudah dimakan karat; Bila adik berpaling tadah, Tentulah hamba takut mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baju kebaya berwarna ungu, Pakaian dara waktu berhelat; Baru bersua sudah merayu, Manakan hamba mau mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |