Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mendung (adjektif)
1. Bersinonim dengan redup: suram, malap, gelap, kelam, berawan hitam, redum, sabak, gobar, gabak,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan suram, sugul.,


Puisi
 

Empat belas bulan purnama,
     Mendung berarak jadi gelita;
Harap di hati nak hidup bersama,
     Apakan daya jodoh tiada.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Mendung si mega mendung, Mendung datang dari utara; Hari-hari saya termenung, Terkenang cinta lama tak jumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan mendung tanda kan hujan, Guruh mendayu sayup sampai; Ingin kukunjung wajahmu tuan, Kerana malu janji kuungkai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila hari mendung selalu, Tentulah basah kain dibasuh; Apabila hati menanggung rindu, Perlu dibawa berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Redup hari mendung pun datang, Angin menderu suara gemuruh; Hidupku ini dirundung malang, Orang kurindu sudah menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila hari semakin mendung, Berhenti segera jangan belayar; Apabila laki bermain serong, Tunjuki dia jalan yang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Langit cerah langit mendung, Bunga segar kembang melati; Sakit dirasa sakit ditanggung, Hanya sabar menenang hati.Pantun Melayu SarawakAgama
Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak kuteguk air di ruang, Langit mendung hujannya tidak; Apa dirajuk kepada orang, Entahkan kasih entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas