Adat menebang sama pepat, Bila tidak tunggulnya tajam; Adat menimbang sama berat, Bila tidak hukumnya kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok menebang batang lapuk, Tangkai digoyang patah; Elok memandang orang nak capuk, Capuknya bagai intan ditatah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok menebang dengan kapak, Kapak patah diganti parang; Elok memandang orang sopak, Sopak bertuah bagai dikarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok menebang batang terap, Kulitnya dapat pengikat tangga; Elok memandang orang berkurap, Kulitnya bagai kelopak bunga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hendak menebang tebanglah buluh, Jangan lupa mengerat sembilu; Hendak terbang terbanglah jauh, Janganlah lupa nasihat ibu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau menebang kayu nan tinggi, Ingat-ingat rantingnya patah; Kalau terbang tinggi-tinggi, Ingat-ingat bumi di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau menebang sambil merambah, Bakar keladi di tepi sumur; Kalau abang berani bersumpah, Ingkar janji pendeklah umur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan menebang pokok nangka, Nangka tidak berubah lagi; Jangan abang berburuk sangka, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |