| Biarlah orang menebar pukat, Kita menebar jala sepukal; Biarlah orang mengejar pangkat, Kita mengejar kerja nan halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |