Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.gur] | منݢور

Definisi : 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, meng­kritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memperingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, me-nunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal; 4. meng­ganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.gur] | منݢور

Definisi : 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,


Pantun

PantunSumberTema
Awas-awas kalau bercukur, Salah cukur kepala botak; Awas-awas kalau menegur, Salah menegur kena bentak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik-baik mengukur kelapa, Salah kukur terkena tangan; Baik-baik menegur hamba, Salah tegur binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila orang memakan bubur, Tentulah ada santan kelapa; Apabila abang segan menegur, Tentulah hamba segan menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak menyayur, Santan kelapa sudah terbuang; Bagaimana hamba hendak menegur, Belum disapa abanglah miang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa membawa sayur, Kalau ikan banyak dibeli; Untuk apa hamba menegur, Kalau tuan tidak peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu satu membawa nyiur, Supaya berbeban tidak berat; Malu malu hamba menegur, Kerana tuan tak mahu dekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat sudah orang menyayur, Sayangnya sayur tidak bergaram; Penatlah sudah abang menegur, Orang ditegur bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati memasak sayur, Sayang segan menggiling lada; Hajat hati hendak menegur, Sayang tuan berpaling muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Induk helang baru bertelur, Berjaga-jaga sepanjang hari; Kutengok abang mahu menegur, Makanya hamba datang ke mari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok sungguh memetik melur, Buat pemanis sanggul puteri; Elok sungguh adik menegur, Cantik manis bagaikan dewi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas