Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pa] | منمڤا

Definisi : 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pa] | منمڤا

Definisi : 1 memukul besi dll utk dibuat perkakas (pisau dll); menitik: ~ besi. 2 membuat sesuatu alat drpd logam: ~ parang; ~ keris. 3 mencetak atau membentuk (batu bata dll). 4 mencetak (wang): Kerajaan negeri tidak boleh ~ mata wangnya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempa (kata kerja)
Bersinonim dengan titik, pukul;,
Kata Terbitan : menempa,

Peribahasa

Pelabur habis,
     Palembang tak alah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa takut menempa belati, Esok Iusa kan ditempa juga; Mengapa takut menempuh mati, Esok lusa kan ditempuh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas