Elok mengacip pinang bersabut, Kalau bertampuk berisi juga; Eloklah nasib orang nan burut, Kalau duduk kakinya tiga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok mengacip pinang berkerisik, Kalau ditelah kerongkong tak susah; Elok untung orang nan pesek, Kalau hujan hidung tak basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa orang mengacip pinang, Kerana hendak memakan sirih; Mengapa orang bernasib malang, Kerana tamak kawan ditindih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sayang tenggiri ikan di laut, Airnya tenang lenang-lenangan; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan mengacip pinang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |