Mengada-ngada diukurlah tidak, Orang mencermat batang padi; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Pukul gendang petang Jumaat, Pukul sekali mengada-ada; Eloklah kamii disebut jahat, Disebut baik tidak kan ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Jangan suka membakar lada, Asap berhembus angin berpusar; Jangan suka mengada-ada, Bercakap lurus berkata benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang semena-mena; Tanda umat berbudi akhlak, Sifatnya pandang mengada-ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang melekap di atas dada; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap mengada-ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |