Main jungkang jungkit, Main tiga-tiga; Jangan mengadu sakit, Sebelum diuji duga. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Yang pinang tentu berkacip, Kacip bongok kepala emas; Abang datang mengadu nasib, Nasib elok cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang pisang baru berjantung, Ditimpa kayu tandannya patah; Abang meminang mengadu untung, Siapa tahu badan bertuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ke mana lagi membawa perahu, Lautan teris diterjang ombak; Ke mana lagi hamba mengadu, Harapan pupus orang menolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Elok kain kerana ditampun, Dapat dibuat seluar baju; Elok pemimpin kerana penyantun, Tempat umat keluar mengadu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Rumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |