Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaji

Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; Cari nafkah dapat naik haji, Boleh menziarah makam nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Mengaji Qurªan Istanbul, Lambat pandai di tengah hari; Kalau adinda berhati betul, Kasilah abang cincin di jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Puas mengaji balik ke ladang, Menengok padi dimakan burung; Puas menanti adik tak datang, Elok kupergi membawa untung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa orang mengaji, Duduk tadarus bersama-sama; Putus cinta pusanglah hati, Badan kurus hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak sudah orang mengaji, Sebelum tamat tiada hentinya; Banyak sudah abang berjanji, Belum kulihat ada buktinya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Malam Jumat malam mengaji, Di waktu subuh dikhatamkan; Dendam kesumat mungkirkan janji, Di pintu kubur diselesaikan. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Subuh-subuh orang mengaji, Supaya banyak dapat pahala; Sungguh-sungguh abang berjanji, Supaya tidak mendapat bala.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari subuh orang mengaji, Berbuat baik sehingga zuhur; Dari jauh abang ke mari, Mengapa adik tidak menegur. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas