Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaku

Puisi
 

Angkat galah sandar galah,
     Mari disandar di pohon pinang;
Kalau alah mengaku kalah,
     Janganlah adik mengaku menang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Biarlah orang memaku kulim, Kita memaku kendil jelaga; Biarlah orang mengaku alim, Kita mengaku jahil juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah orang memaku lantai, Kita memaku pelupuh juga; Banyaklah orang mengaku pandai, Kita mengaku bodoh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyak orang menuju ke Daik, Kita menuju Selat Melaka; Banyaklah orang mengaku baik, Kita mengaku jahat belaka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau dibentang baju bersulam, Luruh buahnya beri bersemak; Kalau orang mengaku Islam, Turutlah sunah Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ambil pedoman di Pulau Pandan, Kapal datang dari Labuan; Kalau mengaku ilmu di badan, Harimau garang dibuat kawan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Daripada ke hulu perahu bergalah, Eloklah berhenti memasang lukah; Daripada malu mengaku kalah, Eloklah mati bergalang tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas