Daripada ke hulu perahu bergalah, Eloklah berhenti memasang lukah; Daripada malu mengaku kalah, Eloklah mati bergalang tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |