| Pagi mengambil buah kepayang, Kepayang direndam dalam telaga; Berapa panjang Sungai Rajang, Hati bercinta direnang juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Enutuk mengambil upah, Siapa menampikan? Amun buruk tapih kurupah, Siapa menggantikan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tengah hari mengambil kerang, Kerang penuh sebakul rotan; Tanah ada diduduk orang, Sayangku tinggal di tanaj setinggan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
| Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Tinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Berkawan-kawan ke Bukit Kota, Hendak mengambil buah jambu; Ingat pesan Datuk Paduka. Taat kepada ayah dan ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |