Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kut] | مڠڠکوت

Definisi : 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kut] | مڠڠکوت

Definisi : mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkut

Puisi
 

Si Nujuh hilir ke kota,
     Dayung mengangkut di pohon kunci;
Rasa kuhidup di kail masa,
     Malam menyebut belum sampai.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Si Nujuh hilir ke kota, Dayung mengangkut di pohon kunci; Rasa kuhidup di kail masa, Malam menyebut belum sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Semut api dari seberang, Ke sana ke mari mengangkut pasir; Lautan api direnangi orang, Apatah lagi lautan air.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas